Wednesday, December 23, 2015

Walaupun Tidak Boleh Terbang, Kasawari…

Kasawari mempunyai warna yang amat menarik dan terang.

Kasawari atau ‘cassowaries’ merupakan burung yang tidak boleh terbang sama juga dengan beberapa jenis burung lain (bersaiz besar) seperti burung unta (ostrich) dan emu. Walaupun dari segi ketinggian ia merupakan ketiga tertinggi namun dari segi berat ia adalah kedua terberat selepas ostrich. Burung dari genus Casuarius ini merupakan hidupan asal dari hutan tropika di New Guinea dan kepulauan berhampiran serta bahagia Timur Laut Australia.

Burung kasawari mempunyai rupa bentuk yang unik di mana burung jantan dan betina dilengkapi dengan ‘casque’ yang membentuk seperti tanduk. Manakala badannya yang panjang pula memerlukan kaki yang bersaiz besar dan kuat untuk menyokongnya. Ia berwarna biru terang dan biru yang lebih muda di bahagian kepalanya. Ditambah pula dengan bahagian yang berwarna merah, burung ini mempunyai kombinasi warna yang amat menarik apabila dilihat.

Antara spesis kasawari dari jarak dekat.


Burung yang amat terkenal dengan kemampuannya menyerang manusia.

Walaupun burung ini tidak boleh terbang, ia amat ditakuti oleh manusia sekiranya tidak berhati-hati. Ini kerana burung ini terkenal dengan sikapnya yang suka menyerang dan boleh menyebabkan maut. Jadi sekiranya anda menyaksikan burung ini di dalam kurungan, elakkan daripada menyebabkan ianya terperanjat (atau menyebabkan ia kurang selesa). Manakala sekiranya berhapan dengan burung ini di kawasan liar pula, anda perlulah berhati-hati kerana ia boleh mengejar dengan pantas sehingga  kelajuan 50 km/j (31 mph) di dalam kawasan hutan.

Burung kasawari diselaputi dengan bulu pelepah yang panjang yang kelihatan seperi bulu-bulu yang kasar. Bagi ‘southern cassowaries’ dewasa, saiznya boleh mencapai sehingga 1.5 to 1.8 meter (4.9–5.9 kaki) tinggi, manakala burung betina boleh mencecah sehingga 2 meter (6.6 kaki) dengan berat sehingga 58.5 kilogram (129 lb).

Kasawari jantan dengan anak-anaknya.


Terlur burung kasawari berwarna hijau.


Anak-anak burung yang masih kecil mempunyai bulu yang bercorak.

Kedua-dua burung jantan dan betina mempunyai topi di kepala yang dipanggil sebagai ‘casque’ sama juga seperti yang terdapat pada burung enggang (hornbill). Topi pada kepalanya ini adalah diperbuat daripada bahan yang seolah-oleh seperti span yang diselaputi dengan keratin. Walaupun agak keras, ‘casque’ ini agak lembut di bahagian tengahnya. Tiada yang dapat memastikan kegunaan sebenar topinya ini, samada untuk tujuan perlindungan, peragaan atau mempunyai fungsinya yang lain.

Antara keunikan lain burung kasawari adalah, penjagaan telur burung dilakukan oleh burung jantan sedari mengeram sehinggalah setelah menetas. Tempoh pengeraman ini mengambil masa selama 60 hari. Setelah itu penjagaan anak-anaknya ini akan diteruskan oleh burung jantan sehingga 16 bulan, namun kebiasaannya adalah di antara 9 bulan hingga 10 bulan sahaja.

Terdapat 4 spesis burung kasawari di mana satu di antaranya telah pun pupus.

Southern cassowary atau ‘double-wattled cassowary’, Casuarius casuarius, terdapat di Selatan New Guinea, Timur Laut Australia dan di Aru Islands, kebanyakannya di kawasan-kawasan tanah rendah.

Dwarf cassowary atau ‘Bennett's cassowary’, Casuarius bennetti, boleh didapati di New Guinea, New Britain,  dan Yapen, terutamanya di kawasan tanah tinggi.

Northern cassowary atau ‘single-wattled cassowary’, Casuarius unappendiculatus, boleh didapati di Utara dan Barat New Guinea dan Yapen, terutamanya di kawasan tanah rendah.

Casuarius lydekki, iaitu spesis kasawari yang telahpun pupus.

Burung kasawari merupakan burung yang amat unik sama juga dengan beberapa spesis burung lain yang tidak boleh terbang seperti emu, rheas, ostrich, kiwi, dan yang telah pupus seperti moa dan elephant birds. Antara perbezaan ketara burung ini dengan spesis-spesis yang lain adalah ia tinggal di kawasan hutan berbanding dengan kawasan terbuka seperti ostrich, emu dan rhea.



Burung ini amat agresif apabila diganggu. Maka adalah lebih baik anda berhati-hati untuk mengelakkan provokasi ke atasnya. Ia bukan sahaja mempunyai tendangan kaki yang kuat, malah kuku kakinya yang tajam dengan mudah boleh mengakibatkan kecederaan yang serius. Ia adalah antara burung yang terkenal yang menyebabkan kematian manusia dan semestinya masyarakat asli di mana ia tinggal. Namun begitu ia tetap merupakan burung yang amat unik dan memiliki keistimewaan tersendiri.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...