Friday, February 19, 2016

Industri Penternakan Tiram di Seluruh Dunia

Jenis-jenis tiram yang juga menjadi bahan makanan.

Seperti biasa tinjauan yang lebih dekat dilakukan untuk industri tiram pula. Walaupun kita mengetahui bahawa tiram diternak untuk mendapatkan mutiara, ia juga merupakan salah satu sumber makanan yang digemari. Industri tiram juga merupakan industri berbillion dolar di seluruh dunia.

Sehingga kini negara China masih lagi merupakan negara pengeluar tiram yang paling banyak dengan keupayaan penghasilan tiram sebanyak 20 tonnes untuk mutiara laut dan 1,500 tonnes mutiara air tawar pada tahun 2010. Manakala Australia pula mengeluarkan sejumlah 10 tonnes mutiara daripada Laut Selatan pada tahun sama. Ini tidak termasuk dengan negara-negara lain yang turut mengeluarkan mutiara termasuk Malaysia sendiri.

Negara China merupakan antara negara tertua yang mengeluarkan mutiara. Beberapa daerah seperti Hepu dan Behai telahpun mengeluarkan mutiara seawal Dinasti Han pada abad ke-3 AD. Manakala penemuan mutiara di laut dan tasik telahpun direkodkan sejak dari kurun ke-4 BC.

Panternakan tiram air tawar di China.
Penternakan tiram di laut, China.

Daerah-daerah terkenal dengan penternakan mutiara air masin adalah seperti Guangxi dan Guangdong. Manakala bagi mutiara air tawar pula, tiram diternak di dalam sungai, kolam dan tasik di Zhejiang, Jiangsu, Hunan dan Anhui. Tiram air masin boleh menghasilkan hanya satu hingga dua biji mutiara sahaja berbanding tiram air tawar yang boleh menghasilkan mutiara sehingga 30 – 50 biji mutiara dalam satu masa. Namu begitu mutiara tiram air tawar kurang berkualiti dan adalah lebih murah.

Teknik penternakan dan jumlah penternakan sentiasa berubah di China. Malah kesan kepada persekitaran juga memberi kesan kepada industri ini. Sebagai contoh, penggunaan najis haiwan dan baja digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan alga/plankton yang menjadi makanan tiram di dalam kolam (yang digali dari bekas sawah). Namun begitu penggunaan baja ini turut mempengaruhi kualiti air sumber air berdekatan.

Berbeza dengan penternakan tiram air tawar, penternakan tiram air masin menggunakan beberapa teknik untuk memastikan tiram-tiram dapat dijaga dengan baik dan mengurangkan kerugian kematian dan sebagainya. Apatah lagi bagi tiram yang telah ‘ditanam’ dengan ‘nukleus’ mutiara bagi tujuan mendapatkan mutiaranya nanti.

Teknik Sangkar (Cage Culture)

Teknik sangkar.

Anak-anak tiram dimasukkan ke dalam bekas jaring sebelum diletakkan di dalam sangkar yang tidak menyentuk dasar pasir. Sagkar ini perlu dipastikan tidak tenggelam ke dalam pasir dan juga tidak terapung ke permukaan air. Penggunaan sangkar dapat membantu anak-anak tiram melawan pukulan ombak serta ruang pembesaran yang cukup.

Rak dan Beg (rack-and-bag)

Teknik rak dan beg.

Dalam teknik ini, tiram-tiram akan dibungkus di dalam beg jaring dan diletakkan di atas rak besi yang disusun seperti para. Bagi teknik ini, ia adalah sesuai digunakan bagi kawasan yang mempunyai kadar air surut yang rendah untuk membolehkan kerja-kerja pengelengaraan dilakukan dengan mudah dan lancar.

Dulang (tray)

Teknik dulang.

Mempunyai konsep yang sama seperti penggunaan beg, hanya dalam teknik ini bekas yang lebih rata digunakan untuk menyusun anak-anak tiram dan menyediakan ruang untuknya terus membesar. Dulang-dulang ini pula kemudiannya diletakkan sama juga seperti dalam kaedah sangkar tadi.

Permukan atau Terapung (surface or floating)

Teknik terapung.

Bagi kaedah ini penggunaan peralatan yang mampu terapung digunakan. Bekas-bekas simpanan anak-anak tiram ini akan terapung mengikut ombak yang adakalanya mungkin agak besar. Namun begitu peralatan ini akan memastikan ia akan sentiasa berada di dalam air. Apabila bekas-bekas ini ditumbuhi alga ia akan diterbalikkan untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari dan udara untuk mengeringkannya.

Teknik gantung (suspended)

Teknik gantung.

Dalam teknik ini, anak-anak tiram diletakkan di dalam beg bersama-sama dengan pelampung. Sangkar pula akan digantung supaya tidak mencecah ke dasar pasir. Sangkar akan terapung mengikut paras air dan alunan ombak. Ketegangan dawai perlu dikawal untuk memastikan ia sentiasa tergantung dengan kemas. Kaedah ini mempunyai kesan yang sama dengan kaedah permukaan di mana ia akan berubah mengikut keadaan permukaan laut.

*teknik penternakan boleh diikuti dengan lebih lanjut melalui laman Pangeashellfish.com


Seperti yang dikatakan seawal tadi terdapat pelbagai jenis tiram yang dipelihara di seluruh dunia untuk tujuan penghasilan mutiara dan juga sebagai bahan makanan.  Anda boleh melihat sendiri jenis-jenis tiram melalui laman web OysterFinder ataupun Marinelli Shellfish sebagai panduan. 




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...