Thursday, April 14, 2016

Bagaimana Sebatang Pokok Menghasilkan 7 Jenis Buah?

Sebatang pokok dengan pelbagai buah amat istimewa.

Mungkin ia merupakan perkara yang agak pelik, dan bukanlah tujuan kita melihat perkara ini sebagai perkara yang pelik pula, tetapi ingin melihat bagaimana ianya dilakukan. Sebatang pokok dengan 7 jenis buah sememangnya tidak akan berlaku secara semula jadi, jadi ia perlu dihasilkan dengan teknik pertanian yang dikuasai oleh manusia.

Seperti juga dalam artikel-arikel sebelum ini mengenai pokok ‘pomato’ dan ‘egg and chips’ yang dihasilkan menggunakan kaedah ‘grafting’ (tut), pokok yang mempunyai 7 jenis buah ini juga dihasilkan melalui kaedah yang sama. Apa yang penting semua jenis tumbuhan ini perlulah berasal dari keluarga tumbuhan yang sama.

Antara pokok yang dihasilkan melalui kaedah ini adalah epal yang terdiri daripada beberapa jenis seperti epal merah, hijau dan kuning. Manakala bagi spesis tumbuhan citrus pula gabungan lebih banyak buah-buahan citrus boleh digabungkan seperti oren, lemon, limau bali, limau biasa dan beberapa jenis lagi. Begitu juga dengan spesis seperti rambutan misalnya boleh digabungkan dengan kaedah ini.

Teknik tur biasa digunakan untuk mencantumkan tumbuhan hiasan.

Contoh tut bagi tumbuhan citrus.

Pelbagai buah pada sebatang pokok.

Sememangnya teknik-teknik ini perlu dilakukan dengan baik bagi memastikan proses percantuman tunas pada pokok asal dapat berlaku dengan sempurna. Bagi menguasai kaedah ini, anda perlulah melakukannya selalu. Bahagian yang ingin dicantumkan perlulah lembab bagi kedua-dua bahagian antara pokok penerima dan tunas yang ingin digabungkan. Kemudian ia perlu diletakkan di tempat yang bercahaya baik namun tidak terdedah kepada panas cahaya matahari. Kebiasaannya ia disungkupkan dengan plastik putih bagi mengekalkan kelembapan pada bahagian yang dicantumkan.

Manakala tumbuhan-tumbuhan seperti ini juga boleh dibeli terus melalui pengeluar-pengeluar yang menyediakan benih yang siap di ‘tut’. Antara pengeluar benih cantuman beberapa jenis tumbuhan ini adalah seperti Dave Wilson Nursery di Hickman, California dan juga Fruit Salad Tree Co. di New South Wales, Australia. Harga pokok-pokok ini berbeza mengikut jenis pokok dan bilangan tut yang dilakukan mengikut pilihan pengguna.

Pokok tut yang telah mencapai usia kematangan.

Pokok tut pelbagai buah dihasilkan petani di Vietnam.

Jenis-jenis tumbuhan yang dihasilkan oleh Fruit Salad Tree Co.

Sudah tentu ia amat menarik kerana anda tidak memerlukan jumlah pokok yang banyak untuk memiliki kesemua jenis buah. Ia juga menghasilkan buah secara bergilir-gilir dan ini memastikan sentiasa ada buah yang dihasilkan dari pokok tersebut.


Hasil pertanian seperti ini membuktikan bahawa, ilmu pertanian amatlah penting bagi para pekebun kecil mahupun besar. Selain itu, para petani juga perlu memiliki pengetahuan yang luas dalam memastikan mereka dapat menghasilkan hasil tanaman yang berkualiti, mencuba kaedah baru, menghasilkan produk yang kreatif dan berguna kepada pengguna.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...