Monday, May 9, 2016

Keunikan Buah Nanas

Nanas dan jus nanas antara sajian menyelerakan.

Nenas atau juga dikenali sebagai pineapple (Ananas comosus) merupakan buah-buahan tropika yang berasal dari Amerika Selatan. Namun begitu sehingga hari ini ia ditanam dengan meluas di negara-negara yang boleh ditumbuhinya kerana ia mempunyai nilai komersial yang tinggi. Selain buahnya yang sesuai digunakan bukan sahaja untuk dimakan mentah seperti buah-buahan lain, malah sesuai sekali dicampurkan di dalam masakan. Serat daripada daun nenas pula digunakan untuk membuat pakaian dan kegunaan lain seperti kertas dinding serta lain-lain.

Buah nenas mempunyai bentuk yang unik kerana ia mempunyai mahkota yang juga digunakan untuk menanam buah nenas. Nama yang diberikan kepadanya “pineapple” adalah kerana rupanya yang menyerupai buah pokok pine (pine cones) apabila ia pertama kalinya ditemui oleh penjelajah-penjelajah dari Eropah yang juga menyebabkan buah ini tersebar luas ke serata dunia.

Nama saintifnya iaitu Ananas comosus, di mana ‘ananas’ merupakan nama sebenarnya di dalam Bahasa Tupi yang bermaksud “buah yang cemerlang” direkodkan oleh  André Thevet pada tahun 1555. Manakala di dalam Bahasa Spanish pula nanas dipanggil sebagai piña ("pine cone") atau ananá (ananás).

Buah nanas kelihatan seperti 'pine cone'.

Buah nans dan keratan buah nanas.

Walaupun nanas kemudiannya menjai sebahagian tanaman penting di negara-negara lain termasuk Hawaii (US), Malaysia, Australia, Philippines dan lain-lain. Antara pengeluar terpenting nanas adalah; Costa Rica, Philippines, Brazil, Thailand dan India. Melalui penanaman secara komersial ini maka terhasillah kultivar-kultivar baru yang menjamin mutu penghasilan nanas yang lebih baik. Antara kultivar-kultivar tersebut termasuklah;

  • Hilo: mempunyai berat antara 1–1.5 kg (2–3 lb), variasi dari Hawaii yang lebih sengit namun berbentuk silinder.
  • Kona Sugerloaf: mempunyai berat antara  2.5–3 kg (5–6 lb), mempunyai warna yang lebih terang dengan empulur yang kecil, lebih manis dan kurang berasid. Rasanya juga lebih manis.
  • Natal Queen: mempunyai berat antara 1–1.5 kg (2–3 lb), mempunyai warna kuning keemasan, dengan tekstur yang lebih rangup namun rasa yang agak biasa. Sesuai dimakan terus dan mudah disimpan setelah masak. Daunnya juga lebih berduri. Jenis ini turut ditanam di Australia, Malaysia dan juga Amerika Selatan.
  • Pernambuco ('eleuthera'): mempunyai berat antara  1–2 kg (2–4 lb), juga mempunyai warna kuning pucat keputihan. Isinya juga lebih manis dan sesuai untuk dimakan mentah. Ia tidak sesuai untuk tujuan eksport dan ditanam di Amerika Selatan.
  • Red Spanish: mempunyai berat antara  1–2 kg (2–4 lb), mempunyai isi berwarna kuning terang dengan aroma yang sedap. Mempunyai bentuk yang agak segi empat, ia mempunyai ketahanan untuk tujuan eksport. Mempunyai daun yang agak berduri dan ditanam di Amerika Selatan.
  • Smooth cayenne: mempunyai berat antara 2.5–3 kg (5–6 lb), juga mempunyai warna kuning terang, berbentuk silinder dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Ia adalah jenis yang sesuai untuk tujuan seperti pengetinan dan diproses. Daunnya juga tidak mempunyai duri. Kultivar ini dihasilkan oleh orang-orang Amerind dan merupakan antara jenis yang dihasilkan di Hawaii dengan nama-nama yang lain seperti MD-2 dan sebagainya.
  • Sebahagian kultivar nanas yang lain pula adalah daripada bukan komersial sebaliknya untuk tujuan hiasan seperti nenas kecil.


Ladang nans dengan buah yang masih muda.

Ladang nanas dengan buah yang mulai masak.

Di Malaysia nanas ditanam di beberapa kawasan di negeri Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan juga Sarawak. Jenis nanas yang ditanam pula adalah dari jenis smooth cayenne, red Spanish dan juga Natal Queen. Namun daripada jenis-jenis kultivar-kultivar baru turut dihasilkan bagi menyesuaikan keadaan iklim di negara kita.

Tanaman nanas mampu bertahan dalam keadaan cuaca kemarau namun begitu keadaan kering berpanjangan boleh merencatkan pertumbuhan nanas. Manakala ia juga tahan keadaan yang lembab, namun keadaan basah yang berpanjangan juga boleh mengakibatkan jangkitan pada akar pokok nanas yang menyebabkan ianya rosak. Nanas amat sesuai dengan keadaan suhu sekitar 30°C dan dengan taburan hujan sehingga 1,250 mm setahun.

Longgokan buah nanas.

Nanas juga sesuai untuk masakan.
Pakaian yang dihasilkan daripada benang nanas.

Berbanding dengan Malaysia, nanas mempunyai nilai yang lebih tinggi di Philippines kerana ia bukan sahaja merupakan tanaman penting, malah turut digunakan untuk menghasilkan pakaian tradisional bagi masyarakat di sana.  Serat daripada daun nanas digunakan untuk menghasilkan pakaian tradisional lelaki yang dikenali sebagai Barong Tagalog, manakala pakaian wanita pula Baro't saya. Pakaian ini sehingga ke hari ini masih boleh didapati, namun harganya adalah agak tinggi.


Itulah seba sedikit mengenai tumbuhan unik nanas yang pada asalnya bukanlah berasal dari negara kita. Namun begitu ia menjadi sebahagian tanaman penting menjana ekonomi, malah bagi masyarakat seperti di Philippines turut menyumbang kepada pembangunan budaya. Suatu masa nanti diharap saya dapat melihat sendiri teknik penghasilan pakaian menggunakan serat nanas.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...