Monday, March 23, 2015

Mikro Post; Herbarium

Herbarium sample
Contoh koleksi herbarium yang digunakan untuk tujuan simpanan dan rujukan.

Herbarium merupakan koleksi tumbuhan yang diawet (dengan pelbagai kaedah) samada mengandungi keseluruhan atau sebahagian besar tumbuhan tersebut. Kebiasaan adalah dalam bentuk kering dan diletakkan di atas helaian kertas, namun begitu bagi sesetengah specimen pendekatan lain mungkin perlu diambil apabila ia tidak boleh menggunakan kaedah yang biasa.

Kaedah klasik penyediaan herbarium adalah dengan mengeringkan sampel tumbuhan dengan meletakkanya diantara helaian kertas penyerap. Sample yang telah kering akan diletakkan di atas kertas keras yang berwarna terang, dilabel dengan baik dengan data-data yang lengkap seperti tempat dan tarikh ia dijumpai, lokasi dan ketinggian habitat asalnya. Ia kemudiannya akan diletakkan dalam bekas pelindung untuk mengelakkan seranggan serangga.

French National Museum of Natural History
Muséum National d'Histoire Naturelle di Paris ini juga mempunyai koleksi herbarium terbesar.

Bagi specimen yang tidak sesuai untuk dikeringkan secara ini, ia akan diawet menggunakan kaedah yang berlainan seperti penggunaan ‘formaldehyde’ ini bagi memastikan sampel dapat mengekalkan bentuk yang diinginkan. Terdapat juga sampel yang dikeringkan menggunakan udara dan diletakkan di dalam sampul. Namun begitu dalam penyediaan herbarium ini, data-data tumbuhan tersebut juga adalah penting bagi memastikan ianya berguna untuk rujukan dimasa-masa akan datang.

Cabaran utama dalam menguruskan koleksi herbarium yang besar adalah penjagaannya selain daripada pengurusan maklumat data herbarium itu sendiri. Kebiasaannya koleksi herbarium yang besar dikendalikan oleh organisasi yang besar seperti muzium, badan pendidikan juga persendirian. Malah badan-badan ini saling bekerjasama untuk memastikan ia diklasifikasikan dengan standard yang betul.

Herbarium management
Pengurusan koleksi herbarium - United States National Herbarium

Berikut adalah senarai institusi yang memiliki koleksi herbarium (susunan mengikut saiz koleksi) yang besar untuk dijadikan rujukan. Malah sebahagian daripadanya menyediakan bahan yang boleh dirujuk dengan kaedah digital (melalui internet):

New York Botanical Garden (NY) (Bronx, New York, USA)
Komarov Botanical Institute (LE) (St. Petersburg, Russia)
Royal Botanic Gardens (K) (Kew, England, UK)
Conservatoire et Jardin botaniques de la Ville de Genève (G) (Geneva, Switzerland)
Missouri Botanical Garden (MO) (St. Louis, Missouri, USA)
The Natural History Museum (BM) (London, England, UK)
Harvard University (HUH) (Cambridge, Massachusetts, USA)
Museum of Natural History of Vienna (W) (Vienna, Austria)
Swedish Museum of Natural History (S) (Stockholm, Sweden)
United States National Herbarium (Smithsonian Institution) (US) (Washington, DC, USA)
Nationaal Herbarium Nederland (L) (Leiden, Netherlands)
Université Montpellier (MPU) (Montpellier, France)
Université Claude Bernard (LY) (Villeurbanne, France)
Herbarium Universitatis Florentinae (FI) (Florence, Italy)
National Botanic Garden of Belgium (BR) (Meise, Belgium)
University of Helsinki (H) (Helsinki, Finland)
Botanischer Garten und Botanisches Museum Berlin-Dahlem, Zentraleinrichtung der Freien Universität Berlin (B) (Berlin, Germany)
The Field Museum (F) (Chicago, Illinois, USA)
University of Copenhagen (C) (Copenhagen, Denmark)
Chinese National Herbarium, (Chinese Academy of Sciences) (PE) (Beijing, People's Republic of China)
University and Jepson Herbaria (UC/JEPS) (Berkeley, California, USA)
Herbarium Bogoriense (BO) (Bogor, West Java, Indonesia)
Royal Botanic Garden, Edinburgh (E) (Edinburgh, Scotland, UK)
Herbarium Hamburgense (HBG) (Hamburg, Germany)

Simple herbarium
Contoh ringkas herbarium.

Pengumpulan spesimen ini amat penting bagi mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berguna kepada manusia dan mengelakkan ianya daripada terus pupus. Jadi sekiranya anda berpeluang untuk melihat koleksi herbarium ini silalah luang-luangkan masa.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...