Tuesday, April 26, 2016

Kenali Ikan Kerapu Gergasi Giant Grouper dan Atlantic Goliath Grouper

Kerapu gergasi adalah ikan yang bersaiz besar.

Ikan kerapu antara ikan yang mempunyai pasaran yang tinggi dan menjadi pilihan penternak ikan di dalam sangkar. Namun kerapu gergasi adalah spesis ikan kerapu bersaiz besar – dan anda mungkin tidak dapat menyediakan sangkar baginya. Bolehkah anda menemui ikan ini di Malaysia?

Ikan kerapu adalah ikan-ikan dari keluarga ikan yang besar iaitu Epinephelinae dan terdapat di seluruh dunia dengan genus-genus berbeza. Terdapat dua spesis kerapu gergasi yang terkenal iaitu giant grouper (Epinephelus lanceolatus) dan Atlantic goliath grouper atau itajara (Epinephelus itajara). Tidak seperti ikan-ikan besar yang lain ikan kerapu biasanya terdapat di perairan yang tidak berapa dalam (sehingga 100 m sahaja) dan biasa juga diternak di perairan air payau.

Giant grouper (Epinephelus lanceolatus) juga dikenali sebagai brindlebass, brown spotted cod, atau bumblebee grouper atau Queensland grouper di Australia. Malah ikan ini juga mempuyai nama tempatan, di Sabah ia dikenali sebaigai ikan keratang. Ikan giant grouper ini mendiami perairan Pasifik sehingga ke perairan Indo-Pasifik. Ia juga pernah ditangkap berhampiran Pulau Sembilan di Selat Melaka dengan berat mencapai 180 kg pada Januari 2008. Ikan ini mempunyai harga yang tinggi dan bagi seekor ikan yang mempunyai berat 200 kg boleh mencecah sehingga RM11,000.

Giant Grouper biasa mendiami perairan yang cetek dan sederhana.

Atlantic Goliath Grouper berhampiran batu karang.

Atlantic Goliath berhadapan dengan penyelam.

Berbeza pula dengan Atlantic goliath grouper atau itajara (Epinephelus itajara) di mana namanya sendiri menunjukkan taburannya di perairan Atlantik. Taburannya adalah di persekitaran perairan tropika Atlantik daripada Florida Keys, Bahamas, dan kebanyakan kawasan di Caribbean, perairan pantai Brazil dan adakalanya juga ditangkap di New England di Massachusetts. Di perairan timur Atlantik pula di sekitar Congo dan Senegal. Malangnya ikan Atlantic goliath grouper telah mencapai tahap Critically Endangered mengikut senarai (IUCN 3.1) mungkin disebabkan oleh kesan penangkapan ikan yang berlebihan di perairan tersebut.

Kedua-dua ikan kerapu gergasi ini mampu mencapai saiz sehingga 2.5 meter dan ada diantaranya yang mencecah sehingga 360 kg (790 lb). Oleh kerana saiz mulutnya yang besar ikan kerapu dikatakan boleh memakan mangsa yang besar seperti ikan yu, penyu, lemon sharks dan juga menyerang para penyelam. Makanan-makanan lain bagi ikan ini adalah spesis udang-udang dan ketam, ikan-ikan lain, sotong dan spesis yang agresif seperti barracudas.


Ikan berwarna terang ini juga adalah dari spesis kerapu.

Spesis kerapu biasa.

Oleh kerana ikan kerapu mempunyai potensi yang tinggi di pasaran ia juga menjadi antara pilihan untuk industri penternakan ikan di dalam sangkar selain ikan siakap. Namun ikan-ikan yang diternak bukanlah dari spesis kerapu gergasi. Industri penternakan kerapu di dalam sangkar merupakan antara industri yang berjaya dilakukan di negara kita sebagai contohnya adalah ladang penternakan ikan kerapu milik En. Johari di Jertih, Besut, Terengganu. Selain daripada bermula sebagai pekerja kini En. Johari turut mengeluarkan sendiri anak-anak ikan kerapu pada pengusaha lain. Tahniah!




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...