Sunday, March 22, 2015

Mikro Post; Mantis Shrimp

Peacock Mantis Shrimp
Peacock Mantis Shrimp spesis yang paling cantik dan dikenali.

Satu lagi keunikan hidupan akuatik yang kita perlu kenali adalah Mantis Shrimp. Walaupun ia kelihatan seperti udang, ia sebenarnya agak berbeza dan memiliki beberapa ciri-ciri unik yang lain. Apa yang menarik mengenai “Mantis Shrimp” ini adalah kaedah memburunya yang unik disamping deria penglihatannya juga amat istimewa.

Mantis Shrimp boleh didapati di lebih banyak perairan dari yang bersuhu agak sejuk sehinggalah kepada tropika dan sub-tropika. Memiliki saiz sehingga 30 cm (12 in.), ia pernah dijumpai mencapai saiz sehingga 38 cm (18 in.) di Fort Pierce, Florida. Terdapat lebih daripada 400 spesis dengan pelbagai warna dan variasi.

Ia dikenali dengan pelbagai nama daripada “sea locust”, “prawn killers” sehinggalah kepada “thumb splitters” – kerana boleh mendatangkan kecederaan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Ia memiliki lelengan peninju yang amat kuat dan seekor “Mantis Shrimp” dewasa boleh memecahkan dinding kaca aquarium dengan sekali pukulan sahaja. Bagaimana seekor hidupan kecil bersaiz ini boleh menghasilkan daya yang begitu besar?

Terdapat dua jenis variasi lelengan pada”Mantis Shrimp” iaitu jenis bergerigi tajam (spearers) dan juga jenis penukul (smashers) – dimana jenis penukul lebih dikenali ramai. Oleh kerana lelengannya ini bersaiz kecil, bagi menghasilkan pukulan yang kuat ia memerlukan kepantasan yang tinggi. Kelajuan pergerakan peninjunya boleh mencecah pecutan sehingga (102,000 m/s2 atau 335,000 ft/s2) dan ini mampu menghasilkan daya sehingga 1,500 newtons. Pergerakan yang sepantas ini menghasilkan dua perkara, iaitu pukulan yang kuat dan juga gelombang renjatan (shock wave) yang menyukarkan mangsanya untuk selamat.

Mantis Shrimp eyes
Keunikan mata Mantis Shrimp yang menjadi bahan kajian penting.

Satu lagi perkara yang menarik mengenai “Mantis Shrimp” adalah matanya yang unik. Ia mempunyai sehingga 16 sel yang berbeza dan 12 sel untuk mengesan warna berbanding manusia yang hanya mempunyai 3 sel pengesan cahaya pada retina mereka. Ini menyebabkan ia merupakan satu bahan penting yang menjadi kajian para saintis dalam mengenal pasti kegunaan ciri intimewa haiwan unik ini. 






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...