Wednesday, July 8, 2015

Jalan-jalan Cari Makan; Laici Kang

Laici Kang minuman yang menyegarkan.

Laici Kang merupakan antara minuman kegemaran rakyat Malaysia terutama untuk mengembalikan tenaga selepas kepenatan bekerja. Laici Kang juga antara minuman klasik yang bertahan lama dan sentiasa mendapat sentuhan pembaharuan bagi mempelbagaikan citarasa minuman unik ini.

Menggunakan nama laici menandakan antara bahan yang terdapat di dalamnya adalah laici (laychee) iaitu buah yang manis seperti rambutan. Walaupun begitu bahan-bahan yang lebih menarik turut terdapat di dalam minuma ini yang menjadikan ia adalah antara minuman kegemaran ramai.

Laici Kang dihidangkan dari tengahari sehinggalah ke lewat malam. Dua variasi utamanya adalah ‘Laici Kang Panas’ dan ‘Laici Kang Sejuk’. Manakala variasi isi kandungannya lebih penting kerana turut memberikan perbezaan kepada rasa dan khasiat minuman istimewa ini. Ia juga antara minuman popular ketika Ramadan.


Antara bahan asas dalam Laici Kang.

Seperti juga ABC, kreativiti pembuat Laici Kang bukan sahaja menumpukan kepada rasa minuman ini malah khasiatnya. Ia dikatakan dapat menurunkan panas badan selain daripada beberapa khasiat lain mengikut bahan-bahan yang digunakan seperti barli, selasih, buah kembang semangkuk, agar-agar, buah kabung, katirah, cincau, biji teratai, biji sagu dan sebagainya. Bagi sesetengah pembuat Laici Kang turut menggunakan telur puyuh dan juga sarang burung layang-layang.


Laici (lychee) menjadikan minuman tersebut adalah Laici Kang.

Laici Kang merupakan minuman padanan yang memuatkan bahan-bahan yang menyegarkan selain mempunyai khasiat yang berbeza-beza – bahan tersebut menyebabkan perbezaan harga Laici Kang juga. Selain dari itu bahan yang digunakan mungkin berbeza dengan pengaruh pembuat seperti Laici Kang Melayu – lebih menggunakan bahan-bahan ke-Melayuan seperti selasih, kembang semangkuk, barli dan katirah. Manakala Laici Kang dengan pengaruh Cina akan lebih menggunakan bahan-bahan herba Cina seperti biji teratai, goji berry, kurma merah, sarang burung layang-layang dan sebagainya.


Laici Kang herba - menggunakan bahan-bahan herba.

Apa pun bahan-bahan ini kebanyakannya amat membantu dalam mengembalikan kesegaran badan selain menyejukkan. Jadi sekiranya anda ingin menikmati Laici Kang yang spesifik mengikut selera anda mungkin anda boleh memadankan sendiri bahan-bahan kegemaran anda.

Maka Laici Kang adalah sebahagian daripada minuman identiti Malaysia yang unik dan turut berada dalam senarai ‘must try list’ bagi pengunjung-pengunjung ke Malaysia. Jika anda sudah lama tidak merasa minuman ini, mungkin di waktu terdekat nanti bolehlah mencubanya.


Free Download



enter>

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...