Wednesday, April 1, 2015

Keenakan dan Keunikan Umai


Umai Sarawak
Umai tetap menjadi makanan unik masyarakat Sawarak.

Umai makanan tradisi Kaum Melanau di Sarawak merupakan antara makanan tempatan yang paling popular kerana keunikannya. Walaupun menggunakan bahan yang ringkas umai tetap merupakan makanan yang sering dikaitkan dengan Bumi Kenyalang ini kerana ianya tidak terdapat di tempat-tempat lain.

Umai disediakan dengan bahan utamanya iaitu ikan segar (ikan kembung ataupun bawal), cili besar atau cili padi, bawang merah, halia dan garam. Bahan-bahan lain juga boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Longest Umai
Umai terpanjang yang disediakan di Dalat, Sarawak.

Sehingga hari ini umai merupakan antara makanan yang disediakan di seluruh Sarawak dan tidak lagi hanya menjadi hidangan unik Kaum Melanau. Keenakan makanan in ditambahkan lagi dengan sumber makanan laut segar yang mudah didapati di Sarawak. Walaupun negeri ini semakin meningkat dengan arus permodenan, makanan tradisi istimewa ini tetap menjadi kebanggaan masyarakat di Sarawak.


Pada tahun 2012 umai terpanjang disediakan semasa pesta ‘Masihkah Kau Ingat’, di Dalat dengan kepanjangan mencecah sehingga 170.3 meter. Ia merupakan penghargaan masyarakat di sini yang menganggap umai merupakan salah satu makanan yang melambangkan identiti negeri.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive