Rabu, 30 Mac 2016

Radio Teleskop Terbesar di Dunia FAST

Radio Teleskop berdiameter 500 m akan sipa pada 2016.

Radio teleskop terbesar di dunia dikenali sebagai Five hundred meter Aperture Spherical Telescope (FAST) sedang menjalani kerja-kerja akhir pembinaannya yang dijangkakan akan siap pada tahun ini 2016. Teleskop yang dibina di kawasan lembah semulajadi ini sama juga seperti teleskop terbesar sebelumnya iaitu Arecibo Observatory di Puerto Rico berdiameter 305 m.

Teleskop terbesar ini dibina di Daerah Pintang, Guizhou, Barat Daya China. Ia mula dibina pada tahun 2011 dan dijangkakan akan siap menjelang tahun 2016. Manakala sebuah lagi teleskop terbesar yang mengatasinya adalah di Russia iaitu RATAN-600 (dengan binaan yang berbeza). FAST merupakan teleskop dengan keupayaan 3 kali sensitiviti daripada teleskop di Arecibo dan menelan belanja sehingga 700 juta yuan (sekitar USD110 juta).

Teleskop yang mula dicadangkan pada tahun 1994 ini mendapat kelulusan daripada National Development and Reform Commission (NDRC) pada Julai 2007. Kerja-kerja hanya dimulakan pada March 2011 dan dijangka akan siap pada tahun 2016.

Perbezaan radio-radio teleskop di dunia.

Kerja-kerja pemasangan FAST.

Teknik binaan FAST menyamai dengan teleskop sebelum ini iaitu dengan menggunakan kawah semulajadi (karst) yang membentuk piring teleskop tersebut. Bagaimanapun FAST akan menggunakan permukaan aktif (active surface) yang membolehkan ia mengubah arah fokus mengikut arah yang diperlukan. Ia juga memiliki 300 m  permukaan efektif (berbanding Arecibo yang hanya mempunyai 200 m permukaan efektif). Ia juga mampu meliputi kawsan langit sehingga pada sudut 40° daripada zenith (berbanding Arecibo yang hanya mampu meliputi kawasan 20° sahaja). Manakala julat frekuensinya pula adalah di antara 70 MHz ke 3.0 GHz, dengan ketepatan sehingga 4 arcseconds (saat sudut).


Radio teleskop sama juga seperti teleskop optik bertujuan untuk menumpukan gelombang radio, berbanding teleskop optik yang menumpukan cahaya untuk membolehkan kita melihat objek yang jauh. Teleskop radio perlu dibina di kawasan jauh dari pencemaran yang boleh mengganggu gelombang elektromagnetik daripada terganggu.

Radio Teleskop Arecibo, Puerto Rico.

Teleskop 64 m di Parkes Observatory pada 1969 digunakan untuk berhubung dengan Apollo 11.


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog