Selasa, 29 Mac 2016

Alga Sumber Tenaga Masa Hadapan

Algae, hidupan yang mempunyai pelbagai potensi.

Alga atau algae adalah kumpulan hidupan yang terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz. Iaitu dari yang bersaiz satu sell seperti Chlorella dan diatoms sehinggalah yang bersaiz besar seperti rumpai air gergasi (giant kelp) ataupun ‘brown alga’ yang boleh mencapai sehingga 50 m panjang. Sesetengah alga mudah hidup hampir di mana sahaja sepeti juga fungus tanpa anda menyedarinya.

Kajian mengenai alga dan kegunaanya telah bermula lebih awal, walaupun ianya hanya baru-baru ini diketengahkan. Semenjak 1942 lagi Harder dan Von Witsch telah mencadangkan penggunaan ‘microalgae’ sebagai sumber lipids sebagai kegunaan bagi makanan dan juga bahanapi. Maka dari situ, selepas berakhirnya perang dunia ke-2, kajian dimulakan di serata dunia termasuk di US, Geman, Japan, England dan Israel dalam usaha memperbaiki teknik penghasilan alga secara besar-besaran terutamanya dari spesis Chlorella.

Alga mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan dalam pelbagai lapangan daripada makanan, perubatan, bahanapi dan juga tenaga (penghasilan elektrik). Proses pembiakan alga yang tidak memerlukan saiz dan proses penanaman seperti tumbuhan lain yang digunakan untuk menghasilkan biodiesel seperti jagung dan juga tebu. Malah ianya lebih selamat berbanding industri cari gali minyak yang menyebabkan banyak masalah kepada pencemaran alam.

Alga tumbuh dengan mudah hampir di mana sahaja.


Bahanapi jet yang dihasilkan daripada alga.


Alga satu sel coccolithophore Gephyrocapsa oceanica.

Antara bahanapi yang boleh dihasilkan menggunakan alga termasuklah biogasoline, methane, etanol, biodiesel dan juga bahanapi jet (jet fuel). Potensinya untuk digunakan sebagai bahanapi jet telahpun diuji oleh beberapa penerbangan seperti Air New Zealand, Luftansa dan juga Virgin Airlines.

Apa yang lebih menarik kajian mengenai potensi alga untuk menghasilkan tenaga elektrik bakal menghasilkan bateri yang lebih selamat kepada alam sekitar. Antara kajian yang menarik dalam teknologi ini adalah penghasilan bateri oleh Maria Strømm, dari Uppsala University dari Sweeden yang menghasilkan bateri nipis daripada alga yang dikenali sebagi Cladophora. Bateri yang dihasilkan ini boleh menyimpan sehingga 50 ke 200 peratus lebih tenaga berbanding dengan bateri polimer biasa.

Teknologi ini bertopensi untuk digunakan pada lapangan yang sebelum ini bateri sukar digunakan seperti pada kertas dinding, pakaian ataupun peralatan-peralatan lain. Selain daripada nipis, fleksibel dan juga selamat.

Teknik pembesaran alga di dalam tiub.


Teknik pembesaran alga di dalam kolam terbuka.


Bateri alga nipis.

Potensi alga untuk menghasilkan elektrik ini juga turut diketengahkan oleh seorang lagi pengkaji iaitu Muthukumaran Packirisamy dari Concordia University melalui teknik yang berlainan. Melalui teknik ini tenaga elektrik dihasilkan semasa proses fotosintesis dan juga respirasi oleh alga biru-hijau ini.

Semasa kedua-dua proses ini berlaku ia akan membebaskan elektron yang kemudiannya akan digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik. Elektron-elektron ini akan berkumpul pada elektrod yang kemudiannya mengalirkan elektrik apabila beban (seperti mentol) diletakkan akan menghasilkan pengaliran arus elektrik. Hasil kajian beliau ini ditulis di dalam journal yang dihasilkan iaitu “Technology, the photosynthetic power cell consists of an anode, cathode, and proton exchange membrane”.

Ia menunjukkan alga mempunyai potensi untuk menghasilkan tenaga dengan lebih selamat untuk alam sekitar. Namun kajian yang lebi terperinci perlu dilakukan untuk membolehkan penggunaan alga bagi menghasilkan tenaga pada skala yang lebih besar dan efisyen.



Maka tidak hairanlah bagi kita mengapa alga terdapat dengan banyak di mana-mana kerana fungisnya yang amat penting juga. Masih terdapat banyak lagi fungsi alga kepada kehidupan manusia yang masih belum diterokai seperti juga graphene yang mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang pembuatan/industri.




Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog